FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

soalan lazim

Apakah KESEDAR ?

Agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta 203, Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978. Kawasan KESEDAR adalah meliputi keseluruhan Kelantan Selatan iaitu kawasan jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Apakah peranan dan bidang tugas KESEDAR?

Berdasarkan Seksyen 4(1) Akta 203, peranan dan bidang tugas KESEDAR adalah :

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam wilayah Kelantan Selatan
  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam wilayah Kelantan Selatan
  • Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut dalam wilayah Kelantan Selatan.
Apakah program-program utama KESEDAR?

Ada 8 program utama yang dikenali sebagai Program Pembangunan KESEDAR. Program-program ini ialah :

  • Program Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)
  • Program Pembangunan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT)
  • Program Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan
  • Program Pembangunan Manusia
  • Program Pembangunan Kampung Tradisional
  • Program Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan
  • Program Pembangunan Pelancongan
  • Program Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Siapakah mereka yang memimpin dan menguruskan KESEDAR?
  • Pengerusi KESEDAR : YBhg. Datuk Haji Zawawi bin Haji Othman
  • Pengurus Besar KESEDAR : YBrs. Tn. Hj. W Muhd Rahimi Bin Wan Salleh
  • Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) :Pn. Hjh. Norlidasaidi Binti Awang Teh
  • Timbalan Pengurusan Besar (Pembangunan) : Mohd Fadhly Bin Ab Manaf
Apakah program-program KESEDAR ke arah membangun dan memajukan bidang keusahawanan di Kelantan Selatan?

KESEDAR amat komited untuk membangun dan memajukan bidang keusahawanan supaya ekonomi di kawasan Kelantan Selatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai memenuhi sasaran dalam merancakkan bidang ekonomi, beberapa program dilaksanakan antaranya :

  • Program Pendidikan Keusahawanan
  • Program Promosi Produk Keluaran Luar Bandar
  • Program Infra Industri
  • Program Bantuan Pembiayaan
  • Khidmat Nasihat dan Konsultansi
Bilakah tawaran mengenai kursus-kursus usahawan luar bandar anjuran KKDW diiklankan kepada orang ramai?

Pada kebiasaannya Jadual Kursus tahunan akan diiklankan setiap bulan Februari tahun tersebut. Sila layari laman web KKDW di http://www.rurallink.gov.my untuk mengetahui kursus yang ditawarkan ini.

Dimanakah saya boleh memperolehi tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak KESEDAR?

Kesemua tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak KESEDAR boleh dirujuk dan dimuat turun daripada Laman Web Rasmi KESEDAR pada laman Tender & Sebutharga.Ianya juga turut dipaparkan pada ruang Tender Dan Iklan di Laman Utama.

Apakah Aktiviti utama KESEDAR Holding Sdn.Bhd?

Aktiviti utamanya adalah berkaitan perhotelan dan restoran disamping berfungsi sebagai tempat latihan/kursus KESEDAR dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Berapakah bilangan Anak Syarikat KESEDAR?

Bilangan kesemua Anak Syarikat KESEDAR adalah empat iaitu :

  • KESEDAR Holding Sdn.Bhd
  • KESEDAR Perkilangan Sdn.Bhd
  • KESEDAR Dagang Sdn.Bhd
  • KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn Bhd
Tidak dapat menemukan jawapan?

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada

En. Muhammad Solihe Bin Yusoff (Unit Komunikasi Korporat)
Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR,
Bandar Baru Gua Musang,
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim Malaysia

Tel. : 609-9132200

Fax : 609-9121211

Emel : kesgm@kesedar.gov.my

 

wpChatIcon
wpChatIcon