Bengkel Penyediaan Dokumen Program / Projek Pembangunan Rolling Plan 1 (RP1) RMK-13 KESEDAR Siri 1
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menjayakan Bengkel Penyediaan Dokumen Program / Projek Pembangunan Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) KESEDAR Siri 1.
Bengkel yang diadakan di Hotel Premiera Kuala Lumpur ini turut disertai pihak pengurusan tertinggi, JKR KESEDAR serta kakitangan kumpulan A dan B.
Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menyegarkan kembali kaedah perancangan program dan projek yang akan dilaksanakan serta pergerakan kerja-kerja tersebut.
Selain itu, ia juga untuk mengenal pasti prestasi serta objektif yang menjurus kepada pembangunan negara.
Bengkel ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.