Majlis Perasmian Bengkel Retreat Bajet KESEDAR Rolling Plan 1,Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1, RMKe-13) Tahun 2026

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memulakan Bengkel Retreat Bajet Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1 RMKe-13) Tahun 2026 sebagai persiapan menyeluruh dalam merangka keperluan bajet dan keutamaan pembangunan KESEDAR bagi tahun 2026.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan penyelarasan strategi pembangunan secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi demi memastikan manfaatnya sampai kepada komuniti sasaran dalam memajukan wilayah selatan Kelantan. Beliau turut menegaskan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi impak kepada masyarakat dan KESEDAR akan terus komited untuk memacu pembangunan ekonomi luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan tumpuan.

Melalui bengkel ini, KESEDAR dijangka dapat membentuk rangka bajet tahun 2026 yang lebih terarah dan berkesan, selaras dengan objektif RP1 RMKe-13 dalam memajukan Wilayah Selatan Kelantan. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) En. Mohd Fadhly Ab Manaf.