Hampir 400 penduduk Taman Agropolitan Kelantan Selatan telah menyemarakkan Program Transisi Agropolitan menerusi Pertandingan ‘Bidas’ Komuniti Agropolitan 2025.
Meskipun julung kali diadakan, penyertaan di kalangan komuniti amat memberangsangkan sekali gus mencapai matlamat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dalam menghidupkan aktiviti sukan di kalangan penduduk.
Selain memupuk semangat bekerjasama dalam aktiviti dan program, ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan penduduk setempat selain melahirkan komuniti yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi serta sosial.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang juga Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, YB Tuan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.