Program Latihan Membina Sikap (LMS) Bulan November 2025 – Memupuk Sikap Positif Kepada Penjawat KESEDAR

GUA MUSANG, 27 November 2025 – Program Latihan Membina Sikap (LMS) bagi bulan November anjuran Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Program ini menghimpunkan warga kerja daripada Ibu Pejabat KESEDAR, WGM, PO Renok Baru dan PO Sungai Terah, sebagai usaha berterusan organisasi memperkukuh budaya kerja cemerlang dan meningkatkan disiplin dalam kalangan kakitangan.

Dalam ucapannya, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Hajah Norlidasaidi Awang Teh, menegaskan bahawa nilai sikap positif dan etika kerja profesional merupakan asas kepada kecemerlangan organisasi. Tambah beliau, KESEDAR komited memastikan setiap warga kerja terus maju seiring dengan aspirasi organisasi menuju pentadbiran yang lebih cekap, telus dan berkualiti.

Program LMS kali ini turut diserikan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh Bahagian Pembangunan Pertanian, yang berjaya menceriakan suasana dan meningkatkan kecergasan para penjawat.

Pada akhir program penjawat turut Berjalan 1,000 Langkah, sebagai simbolik pembinaan gaya hidup sihat dalam kalangan warga KESEDAR. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan, malah menguatkan hubungan kerja melalui penyertaan secara berkumpulan.