Program Rehabilitasi Komuniti KESEDAR Di RPT Sungai Sok Meriah!

Hampir 1,000 pengunjung telah membanjiri padang sekolah Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kampung Sungai Sok, Kuala Krai bagi menjayakan Program Rehabilitasi Komuniti KESEDAR 2025 – Program Khidmat Komuniti (3K).

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi ini dimulai dengan aktiviti gotong royong bersama penduduk di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sok.

Selain pameran dan kaunter dari pelbagai agensi, program ini dimeriahkan dengan acara sukan rakyat termasuk sepak penalti, boling padang, motor lambat dan rebut kerusi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Madani Parlimen Kuala Krai, Dato’ Mohamed Zulkepli Omar.

Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.

Program ini merupakan salah satu program KESEDAR bersama kelompok sasar yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah serta menyantuni masyarakat setempat.

Accessibility Toolbar