FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus komited memperkukuh budaya kerja yang progresif apabila seramai 35 orang penjawat baharu terpilih menyertai Kursus Membangun Budaya Kreatif, Inovasi dan Kreativiti di Tempat Kerja yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Nuri, Hotel Denai.

Majlis Perasmian Penutup Kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Hajah Norlidasadi binti Awang Teh yang turut menyampaikan amanat kepada warga kerja KESEDAR agar sentiasa memupuk budaya kerja kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam melaksanakan tugas seharian. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penerapan budaya kreatif dan inovasi dalam organisasi amat penting bagi memastikan setiap warga kerja sentiasa berfikiran terbuka, proaktif serta mampu menghasilkan idea baharu yang dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi. Menurut beliau lagi, kreativiti dan inovasi bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah secara lebih efektif, malah mampu memperkukuh kecekapan pengurusan serta mempertingkatkan prestasi kerja.

Antara Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga kerja, memperkukuhkan kemahiran berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah, serta membudayakan pemikiran inovatif bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di tempat kerja.

Kursus yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan penceramah jemputan, Encik Nordin bin Kamsin, Pengurus The Leaders’ Academy INSAN HRD Consultant yang berkongsi pelbagai pendekatan dan strategi dalam membangunkan pemikiran kreatif serta memperkukuh budaya inovasi dalam organisasi. Sepanjang kursus tersebut, para peserta didedahkan dengan teknik menjana idea baharu, meningkatkan kreativiti dalam penyelesaian masalah serta memperkasakan budaya kerja yang lebih produktif dan dinamik selaras dengan keperluan organisasi masa kini.

Program ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan modal insan berkualiti, pemerkasaan kreativiti serta budaya kerja berintegriti demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan rakyat.

wpChatIcon
wpChatIcon