FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

GUA MUSANG, 29 Disember 2025 – KESEDAR melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Kunjungan Mesra sempena pencapaian peserta Program TVET@KESEDAR menjalani On-The-Job Training (OJT) di Chengdu, China. Program ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang.

Majlis yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji W Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR, turut dihadiri Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat Pn. Yunaiha binti Ismai, Pengurus Bahagian Perancangan Strategik, En. Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, Pengurus Bahagian Ekonomi & Pelaburan En. Mohd Ramadhan bin Sulaiman dan Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian En. Wan Mohd Afzainizam bin Wan Abdul Latif.

Program ini melibatkan seramai lima (5) orang peserta TVET@KESEDAR yang dijadualkan akan berlepas ke Chengdu, China pada 3 Januari 2026 bagi mengikuti program On-The Job Training (OJT). Kehadiran peserta ini mencerminkan kesinambungan pelaksanaan program TVET@KESEDAR dalam melahirkan tenaga mahir berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Pengurus Besar menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan para peserta TVET@KESEDAR yang berjaya menjalani On-The-Job Training (OJT) di Chengdu, China. Beliau berkata, pencapaian tersebut mencerminkan usaha berterusan KESEDAR dalam melahirkan modal insan berkualiti yang selari dalam Aspirasi Malaysia Madani yang menekankan pembangunan insan secara holistik, berteraskan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat dan keyakinan.

Sementara itu, wakil kolej, Dr. Wan Yusoff bin Wan Ismail, merakamkan penghargaan kepada pihak KESEDAR atas kerjasama strategik yang terjalin dalam menjayakan program OJT di Chengdu, China. Menurut beliau, pengalaman latihan di luar negara akan memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar dari segi kemahiran teknikal, disiplin kerja serta pembentukan sahsiah diri. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Zamri Arif bin Tuan Zakaria dan En. Zulkefli bin Abdul Razak sebagai wakil kolej serta ibubapa peserta TVET@KESEDAR yang terlibat.

wpChatIcon
wpChatIcon