FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Ekonomi & Pelaburan

Latar belakang Bahagian Ekonomi dan Pelaburan

Bahagian E dikawal selia oleh TPB (Pembangunan) dengan disokong oleh 4 (empat) unit iaitu;

  1. Unit Pengupayaan Pelaburan
  2. Unit Pengupayaan Keusahawanan
  3. Unit Pengupayaan Pelancongan
  4. Unit Pentadbiran dan Kewangan

Bidang tugas unit-unit yang diwujudkan  berperanan sebagai perancang, penyelaras dan pelaksana serta urusan pentadbiran dan kewangan untuk memacu dan melonjakkan Pembangunan Ekonomi di Wilayah Kelantan Selatan. Peranan, fungsi dan bidang tugas Bahagian mengikut unit adalah sebagaimana berikut :

 

Peranan, Fungsi dan Tugas Bahagian Mengikut Unit

Unit Pengupayaan Pelaburan Unit Pengupayaan Keusahawanan Unit Pengupayaan Pelancongan Unit Pentadbiran dan Kewangan
Merancang,mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek-projek ekonomi berdaya maju. Merancang, mengurus dan menyelaras Program Latihan/ Kursus dan pengembangan usahawan Merancang, membangun dan menyelaras penyediaan infrastruktur pelanconga Pengurusan Pejabat
Merancang,mengurus dan menyelaras penjenamaan dan pemasaran produk komersil Merancang, mengurus dan menyelaras penambahbaikan nilai produk dan perkhidmatan usahawan bagi melonjak pendapatan. Merancang dan menyelaras pengupayaan Homestay Pengurusan Kewangan
Penyelarasan/pemantauan pengurusan dan perancangan perniagaan Anak- Anak Syarikat KESEDAR. Merancang, mengurus dan menyelaras perluasan pemasaran dan promosi produk desa melalui karnival dan ekspo serta lain-lain outlet. Merancang dan menyelaras pembangunan produk-produk pelancongan desa. Latihan Kakitangan
Kajian potensi bisnes berdaya maju Pemantauan untung/rugi projek-projek usahawan desa. Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan pelancongan Kebajikan Kakitangan
Merancang, mengurus dan menyelaras kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan anak-anak syarikat dalam projek ekonomi komersil. enyelarasan kutipan ABT Pinjaman Skim Pembiayaan Keusahawanan. Perhubungan Awam
Mengurus Skim Pembiayaan Pinjaman Ekonomi Luar Bandar.

Strategi Bahagian Ekonomi dan Pelaburan

Strategi yang mantap menjadi penggerak kepada pengurusan Bahagian E untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan. Strategi Bahagian E merangkumi Visi dan Misi yang jelas serta Objektif yang telah ditetapkan.

 

Visi

Sebagai Peneraju Aktiiti-Aktiviti Ekonomi Untuk Mentransformasikan Modal Insan Berpendapatan Tinggi dan Wilayah Kelantan Selatan yang Maju

 

Misi

  1. Memacu dan melonjakkan Pembangunan Ekonomi di Wilayah Kelantan Selatan
  2. Menerapkan budaya keusahawanan Modal Insan Wilayah Kelantan Selatan
  3. Peningkatan keuntungan Anak-Anak Syarikat sekurang-kurangnya 10% – 15% setiap tahun

Objektif

  1. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi
  2. Memperluaskan pasaran
  3. Menggalakkan aktiviti pemprosesan dan nilai tambah
  4. Menambahbaik Skim Pembiayaan Ekonomi Desa
  5. Pembudayaan Keusahawanan

 

Teras Strategik

Teras strategik adalah teras yang dirumuskan untuk memastikan Bahagian E melaksanakan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan Visi, Misi dan Objektif yang telah ditetapkan. Bahagian E mengenalpasti 2 (dua) teras strategik yang akan dilaksanakan bagi mencapai PPSE 2012. Teras strategik tersebut adalah seperti di Rajah 2.

Aktiviti-Aktiviti Bahagian E Mengikut Sektor
Sektor Aktiviti
PERTANIAN
  1. Blue Ocean – Strategik dengan MARDI dan FRIM bagi mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan hasil tanaman
  2. Nilai tambah – pemprosesan sehingga produk siap – Pohon peruntukan RM1.4 juta
  3. Pengamalan GAP
  4. Misi Perdagangan ke Moroco
  5. Perancangan Mini RTC di Paloh 2, Gual Ipoh dan Jelawang sebagai pusat pengumpulan dan pemborongan
TERNAKAN
  1. Kerjasama dengan Jabatan Veteriner/Persatuan Pengusaha Burong Walit Kelantan
  2. 2 unit SBW
  3. Kelulusan RBW Jabatan Perancang Bandar dan Desa
PERKHIDMATAN
  1. Memulakan langkah kerjasama mempromosikan Tasik Pergau dengan UiTM Kelantan pada 7/2/2012.
  2. Pengemaskinian Garis Panduan Homestay KKLW
  3. Cadangan Perkhidmatan Pelancongan Kesenian Simfoni Paloh 2
INDUSTRI DESA
  1. Pembiayaan pinjaman mudah projek-projek perniagaan yang memberikan pulangan tinggi dan berorientasikan permintaan pasaran SBILBK, SBESK, SBEKPK
  2. 10 siri Kursus/Latihan Keusahawanan
  3. Pemasaran secara online
  4. Kolaborasi dengan FAMA
  5. Mini KUD KKLW
  6. Seminar Kooperasi pada 22/3/20
  7. Direktori Usahawan
ANAK SYARIKAT
  1. Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian setiap Suku Tahun
  2. Pelan Perniagaan 5 tahun (2012 – 2016)
  3. Pemulihan Kebun Herba Misai Kucing Paloh 4 – Pohon bajet RM 1.4 juta KKLW
  4. Pemprosesan Herba Misai Kucing dengan minuman kesihatan
  5. Kilang bimbingan air minuman Mas Cotek/kerjasama strategik antara pengusaha dengan KDSB
  6. Sewa Bengkel KDSB
  7. Pemantauan dan Penilaian Prestasi Fizikal dan Kewangan setiap bulan
  8. Penyata Kewangan beraudit pada 31/3/2012

Fungsi

wpChatIcon
wpChatIcon