FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Gua Musang – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melalui Bahagian Ekonomi & Pelaburan telah melaksanakan Kursus Forensik Usahawan Bimbingan KESEDAR Tahun 2026 di bawah Program Kelestarian Keusahawanan. Kursus yang bermula 3 hingga 5 Februari 2026 telah diadakan di Hotel Denai, melibatkan seramai 44 orang usahawan daripada Wilayah Kuala Krai, Wilayah Jeli/Tanah Merah dan Wilayah Gua Musang.

Kursus yang dikendalikan oleh RP Group Sdn Bhd ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadhly Abd Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dengan kehadiran Pengurus Bahagian Ekonomi & Pelaburan, En. Mohd Ramadhan Sulaiman, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KESEDAR dalam memperkasa komuniti usahawan secara strategik dan berimpak tinggi.

Dalam ucapannya, En. Mohd Fadhly Abd Manaf menegaskan bahawa kursus ini merupakan platform penting untuk membantu usahawan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perniagaan secara menyeluruh, seterusnya membina strategi yang lebih mantap, tersusun dan berdaya saing. Beliau turut menyeru para peserta agar memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan bimbingan yang diberikan demi melahirkan perniagaan yang mampan, berdaya tahan serta mampu berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama kursus ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan dan kelemahan yang dihadapi oleh usahawan merangkumi aspek perniagaan, pengurusan syarikat, pengeluaran produk serta penyediaan perkhidmatan. Selain itu, peserta turut dibimbing untuk menilai semula dan menambah baik strategi perniagaan sedia ada termasuk elemen penjenamaan serta usaha meningkatkan keuntungan ke arah kejayaan yang lebih kukuh dan mampan.

Lebih signifikan, kursus ini juga berperanan sebagai tapisan awal bagi mengenal pasti usahawan berpotensi. Seramai 30 peserta terbaik akan dipilih untuk menyertai program bimbingan dan pemantauan perniagaan selama 8 bulan bersama perunding yang dilantik, sebagai langkah strategik memastikan kesinambungan pembangunan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan berorientasikan kelestarian.

Program ini sekali lagi membuktikan peranan KESEDAR sebagai pemangkin utama dalam melahirkan usahawan berwibawa yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan negara.

wpChatIcon
wpChatIcon