FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

GUA MUSANG, 14 April 2026 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus komited memperkukuh kualiti pelaksanaan projek pembangunan melalui penganjuran Kursus Kesedaran Pengenalan Kualiti Dalam Pembinaan Melalui QLASSIC (Quality Assessment System in Construction) kepada penjawatnya, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan dan kecekapan tadbir urus.

Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Br. Sr. Fadzil Bin Hassan, Jurulatih Bertauliah HRDF & CIDB yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Beliau memberi penekanan kepada kepentingan sistem QLASSIC sebagai instrumen penilaian kualiti yang mampu meningkatkan standard kerja, ketelusan serta akauntabiliti dalam pelaksanaan projek.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR yang menegaskan bahawa penerapan budaya kerja berkualiti adalah selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang mengutamakan nilai integriti, ihsan dan kesejahteraan rakyat. Beliau turut menyeru agar setiap penjawat KESEDAR mengamalkan standard kerja terbaik demi memastikan hasil pembangunan yang memberi manfaat maksimum kepada komuniti.

Seramai 33 peserta yang terdiri daripada pegawai Kumpulan A dan kakitangan pelaksana telah menyertai kursus ini. Mereka didedahkan dengan konsep asas kualiti dalam industri pembinaan termasuk kaedah penilaian, pematuhan spesifikasi teknikal serta pendekatan penambahbaikan berterusan.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan konsep kualiti dalam industri pembinaan dengan penekanan kepada sistem QLASSIC, di samping menyokong pembentukan penjawat awam yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam memperkasa tadbir urus projek secara lebih sistematik dan efisien, seterusnya menyumbang kepada pembangunan yang mampan dan inklusif seperti yang digariskan dalam kerangka Malaysia MADANI.

wpChatIcon
wpChatIcon