Bentong, 14 April 2026 – Seramai 24 orang ahli AKRAB KESEDAR telah menyertai Kursus Pemantapan AKRAB dan Bengkel Pelan Strategik AKRAB KESEDAR 2026 hingga 2030 yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 April 2026 di Suria Hot Spring Resort.
Program ini bertujuan memperkukuh peranan AKRAB sebagai rakan pembimbing dalam organisasi di samping meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan emosi serta keupayaan memberi sokongan psikososial kepada warga kerja. Selain itu, kursus ini turut memberi fokus kepada penyediaan Pelan Strategik AKRAB KESEDAR bagi tempoh 2026 hingga 2030 secara lebih terancang dan berimpak tinggi. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh serta Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf yang sentiasa menyokong usaha pembangunan modal insan dalam kalangan warga KESEDAR.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Protazz Legacy Training & Consultancy melalui fasilitator berpengalaman iaitu Ustaz Syakirin bin Yuslan dan Muhammad Afiq Syazwan bin Ismail. Antara pengisian utama termasuk aktiviti pembinaan pasukan (team building), latihan pengurusan emosi dan stres, simulasi kaunseling asas serta latihan kepimpinan dan jati diri.
Selain itu, bengkel pelan strategik turut dilaksanakan secara berkumpulan bagi merangka hala tuju, objektif serta pelan tindakan AKRAB KESEDAR untuk tempoh lima tahun akan datang. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman yang digunakan berjaya meningkatkan penglibatan aktif peserta sepanjang program.
Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat melahirkan ahli AKRAB yang lebih kompeten, berkeyakinan serta bersedia memainkan peranan sebagai agen sokongan dalam organisasi, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan warga kerja KESEDAR.

KESEDAR 2026–2030 : Perkasa Sokongan Psikososial & Insan" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/kursus-pemantapan-akrab-72.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/kursus-pemantapan-akrab-72-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-12466" />