Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah memulakan Bengkel Retreat Bajet Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1 RMKe-13) Tahun 2026 sebagai langkah awal dan persiapan menyeluruh dalam merangka keperluan bajet serta menetapkan keutamaan pembangunan KESEDAR bagi tahun 2026. Bengkel ini diadakan bertujuan memastikan perancangan kewangan dan pelaksanaan program pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih strategik, sistematik dan selari dengan hala tuju pembangunan negara.
Majlis perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penyelarasan strategi pembangunan yang lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi agar setiap inisiatif yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti sasaran, khususnya dalam usaha memajukan Wilayah Selatan Kelantan. Menurut beliau, perancangan bajet yang teliti dan berintegriti merupakan elemen penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program pembangunan.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberikan pulangan dan impak yang signifikan kepada masyarakat. Sehubungan itu, KESEDAR akan terus komited dalam memacu pembangunan ekonomi luar bandar, memperkasa komuniti setempat serta meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tumpuan melalui pelaksanaan projek dan program yang mampan serta berdaya maju.
Melalui penganjuran bengkel ini, KESEDAR dijangka dapat membentuk rangka bajet tahun 2026 yang lebih terarah, realistik dan berkesan, selaras dengan objektif RP1 RMKe-13 dalam merancakkan pembangunan sosioekonomi Wilayah Selatan Kelantan. Bengkel ini turut menjadi platform perbincangan dan perkongsian idea dalam kalangan pengurusan bagi memperhalusi cadangan program yang berimpak tinggi.
Turut hadir memeriahkan bengkel ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Mohd Fadhly Ab Manaf.

KESEDAR Rolling Plan 1" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2025/12/bengkel-retreat-2025-3.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2025/12/bengkel-retreat-2025-3-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-7354" />