FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Gua Musang, 19 April 2026- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR bagi bulan April 2026 bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, dengan kehadiran seluruh warga kerja KESEDAR.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan Taklimat Living Care CEUPACS yang disampaikan oleh Jams D. Ravi bagi memberikan pendedahan bermanfaat kepada semua yang hadir. Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh wakil pekerja sebagai simbol komitmen dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video montaj aktiviti yang telah dijalankan oleh KESEDAR bermula Januari sehingga April 2026. Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan sketsa kreatif oleh penjawat baharu ambilan tahun 2026 yang berjaya mencuit hati serta menyuntik semangat kebersamaan dalam kalangan warga KESEDAR.

Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, turut menyampaikan amanat yang menekankan kepentingan komitmen penjawat dalam mendokong usaha kerajaan serta kesiapsiagaan dalam mendepani isu-isu semasa negara.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi KESEDAR, YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman. Turut hadir, YB Encik Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri merangkap Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Selain itu, sesi penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Sesi 2026–2027 telah disampaikan kepada semua wakil MBJ sebagai simbol amanah dan kepercayaan yang diberikan bagi kecemerlangan organisasi.

Semoga perhimpunan ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh ukhwah, menyemai semangat kerja berpasukan dan memacu KESEDAR ke arah kecemerlangan yang berterusan.

wpChatIcon
wpChatIcon