Kuala Krai – Program Mini Karnival Usahawan KESEDAR (MEKAR) Peringkat Wilayah Kuala Krai Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Mei 2026 bertempat di Dataran Tapak Pasar Tani Kekal, FAMA Kuala Krai telah berjaya menarik kehadiran kira-kira 1600 orang pengunjung dari pelbagai peringkat umur.
Pelbagai aktiviti santai dan interaktif disediakan sepanjang program berlangsung antaranya senamrobik, briswalk ‘Badan Sihat, Otak Cergas’, pertandingan sepakan penalti gol kecil (L), penalti bola jaring (P), acara sukaneka, karom tertutup, dam aji, pertandingan mewarna kanak-kanak serta ukiran kreatif buah tembikai yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian Ikon Usahawan bersama Yaya Empire, yang berkongsi pengalaman dan tip kejayaan sekali gus menyuntik semangat kepada usahawan tempatan untuk terus membangun maju.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajjah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.
Majlis turut diserikan dengan gimik pelancaran Program MEKAR, penyerahan Mock-Cheque kepada penerima bantuan KESEDAR serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung.
Seterusnya, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan seperti wayang kulit, persembahan kesenian dan kebudayaan Kelantan serta nyanyian artis Kelantan yang berjaya mengangkat warisan seni budaya negeri.
Penganjuran Program MEKAR ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkasakan usahawan tempatan, malah berjaya mengeratkan hubungan antara warga KESEDAR dan komuniti setempat melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di wilayah Kelantan Selatan.

KESEDAR (MEKAR) 2026 Meriahkan Kuala Krai Dengan Pelbagai Aktiviti Komuniti Dan Keusahawanan" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/06/karnival-mekar-57.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/06/karnival-mekar-57-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-13517" />