Pembangunan Masyarakat
Objektif
- Melahirkan individu yang kukuh syariat, teguh akidah dan berakhlak mulia.
- Mewujudkan masyarakat bersatu padu berketerampilan dan cemerlang melalui peningkatan ilmu yang berterusan, berkemahiran dan responsif.
- Membentuk institusi keluarga dan desa yang kukuh dan functional dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat yang beretika/bermoral.
- Memupuk semangat kearah cintakan negara dan menghargai usaha pembangunan yang dilaksanakan.
- Mengubah minda dan sikap penduduk kearah memiliki sifat-sifat kefahaman diri yang tinggi dan berdikari.
- Berusaha menghapuskan bilangan penduduk termiskin
- Berusaha kearah mengurangkan jurang digital diantara penduduk desa dan bandar.
Piagam Pelanggan
- Berusaha membuka minda dan membina budaya ke arah melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama, berilmu, memiliki daya tahan dan nilai etika moral yang melaluai Program Pembangunan Sumber Manusia.
- Memberi bantuan kepada penduduk termiskin didalam kawasan Kelantan Selatan melalui dasar-dasar yang ditetapkan bagi mencapai sasaran termiskin tegar sifar menjelang tahun 2010.
- Berusaha meningkatkan kesejahteraan penduduk Kelantan Selatan melaluai program-program pembangunan kawasan penempatan, penyediaan kemudahan asas, awam dan sosial.
- Berusaha meningkatkan pendapatan masyarakat Kelantan supaya melepasi garis kemiskinan melaluai program-program pembangunan pertanian, perniagaan industri luar bandar dan pelaburan.
- Projek dan aktiviti pembangunan dirancang dan dilaksanakan mengikut rangka kerja lima tahun dan tahunan berasaskan sasaran yang telah ditetapkan.
- Menyediakan Laporan Kemajuan Bulanan, sukutahun dan tahunan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, cekap, tepat dan cepat kepada pelanggan.
Fungsi
