FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meneruskan komitmen dalam memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar melalui Penyerahan Bantuan Barang Perniagaan di bawah Program Kelestarian Keusahawanan KESEDAR Tahun 2025 dengan peruntukan berjumlah RM20,000 seorang.

Majlis penyerahan bantuan barang perniagaan di bawah Program Kelestarian Keusahawanan KESEDAR yang diadakan pada 13 November 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR. Seramai 5 orang peserta dari daerah Kuala Krai dan seorang peserta daripada Wilayah Gua Musang telah menerima bantuan di bawah program ini, masing-masing mewakili pelbagai bidang perniagaan seperti makanan, jahitan dan perkhidmatan.

Program ini bertujuan membantu para usahawan memperkukuh perniagaan mereka melalui pemberian peralatan dan keperluan perniagaan yang mampu meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, En. Mohd Ramadhan bin Sulaiman, yang menekankan peranan KESEDAR dalam memastikan golongan usahawan luar bandar terus berkembang seiring dengan aspirasi pembangunan ekonomi wilayah selatan Kelantan.

Seterusnya menerusi ucapan oleh YB Encik Mohd Azmawi Fikri, beliau menzahirkan penghargaan kepada KESEDAR atas usaha berterusan dalam membantu golongan usahawan luar bandar. Beliau turut menegaskan bahawa bantuan seperti ini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup masyarakat, khususnya golongan belia dan wanita yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Program ini juga mencerminkan hasrat KESEDAR untuk mewujudkan komuniti usahawan yang berdaya tahan serta menyokong agenda pembangunan ekonomi negara melalui pemerkasaan ekonomi setempat.

wpChatIcon
wpChatIcon