FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

GUA MUSANG, 19 Oktober — Satu Majlis Penyerahan Bendera dan Kit MAKSPEN XV telah diadakan pada pagi ini sebagai simbolik semangat juang dan sokongan kepada kontinjen KESEDAR yang akan menyertai temasya sukan MAKSPEN XV pada 21 – 25 Oktober 2025 yang akan berlangsung di sekitar Lembah Klang.

Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Mohd Fahdly Abd Manaf dalam ucapannya, beliau menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan kontinjen KESEDAR untuk memberikan persembahan terbaik serta mengharumkan nama agensi di pentas MAKSPEN XV.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Kelab Keluarga KESEDAR (3K), En. Hasri Rifdi Mamat, barisan kepimpinan serta para atlet. MAKSPEN XV dijangka menghimpunkan pelbagai kontinjen di bawah agensi KKDW sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan kekeluargaan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Majlis berakhir dengan sesi bergambar serta laungan semangat oleh semua atlet yang hadir.

wpChatIcon
wpChatIcon