Gua Musang – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Program Ambang Merdeka KESEDAR 2025 dengan penuh meriah di Taman Etnobotani, Gua Musang. Lebih 2000 pengunjung hadir membanjiri Taman Etnobotani seawal jam 8.00 malam bagi memeriahkan sambutan.
Program ini diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat cinta akan tanah air sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-68. Sambil menanti detik 12 tengah malam pengunjung disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan Sewang oleh Kumpulan Tari Seri Sewang Teranek Kuala Betis, Pertubuhan Silat Seni Gayong Kelantan, Persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Kelantan serta penampilan istimewa Fadhil Turbo dan Jeming Intan Berlian serta ramai lagi.
Program tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas yang dalam ucapannya menekankan kepentingan rakyat untuk terus bersatu padu demi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Turut hadir, Yang Berhormat Encik Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani ADUN Nenggiri merangkap Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR , Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh Pengurus Besar KESEDAR, Superintendan Sik Choo Foo, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kedua-dua Timbalan Pengurus Besar KESEDAR, Ketua-Ketua Jabatan & Agensi, pemimpin-pemimpin masyarakat, Pengurus Bahagian & Ketua Unit, Ketua Ekesekutif KESEDAR Holding Sdn. Bhd., Pengurus Anak Syarikat, Pegawai-pegawai serta penjawat KESEDAR.
Acara kemuncak sambutan ialah detik laungan merdeka tepat jam 12.00 tengah malam diikuti persembahan bunga api dan nyanyian lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. Penganjuran Program Ambang Merdeka KESEDAR 2025 ini bukan sahaja mengukuhkan jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dengan rakyat.

KESEDAR 2025 Meriah Dengan Kehadiran Lebih 2000 Pengunjung" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/01/ambang-merdeka-32.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/01/ambang-merdeka-32-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-10151" />