FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Latihan Membina Sikap (LMS) pada 30 Oktober 2025 bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Program yang bermula pada jam 8.15 pagi itu melibatkan penyertaan semua warga kerja KESEDAR dari Ibu Pejabat, Wilayah Gua Musang (WGM), Pejabat Operasi Renok Baru serta Pejabat Operasi Sungai Terah.

Latihan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin dan sikap positif dalam kalangan warga kerja KESEDAR ke arah membina budaya kerja yang cemerlang. Program LMS yang diadakan secara berkala merupakan satu inisiatif pembangunan modal insan untuk memperkukuh nilai integriti, semangat berpasukan dan kecekapan kerja di setiap peringkat organisasi.

wpChatIcon
wpChatIcon