GUA MUSANG, 27 November 2025 – Program Latihan Membina Sikap (LMS) bagi bulan November anjuran Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif berterusan organisasi dalam membentuk sahsiah, sikap positif serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga kerja KESEDAR.
Program LMS ini telah menghimpunkan warga kerja daripada pelbagai lokasi operasi termasuk Ibu Pejabat KESEDAR, Wilayah Gua Musang (WGM), Pejabat Operasi (PO) Renok Baru dan PO Sungai Terah. Penyertaan menyeluruh ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam memastikan setiap kakitangan, tanpa mengira penempatan, diberi pendedahan dan pengukuhan nilai kerja yang selaras dengan aspirasi organisasi.
Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Hajah Norlidasaidi Awang Teh menegaskan bahawa pembentukan sikap positif, etika kerja profesional dan disiplin yang tinggi merupakan teras utama kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Beliau turut menekankan kepentingan kesediaan warga kerja untuk terus menambah baik keupayaan diri, selari dengan matlamat KESEDAR ke arah tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berkualiti.
Program LMS kali ini turut diserikan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Pertanian. Aktiviti tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyuntik elemen kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental dalam kalangan peserta.
Sebagai penutup program, para penjawat turut menyertai aktiviti Berjalan 1,000 Langkah yang dilaksanakan secara berkumpulan. Aktiviti ini melambangkan komitmen KESEDAR dalam memupuk gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja.

KESEDAR" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2025/12/lms-november-2025-2.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2025/12/lms-november-2025-2-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-7301" />