FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

GUA MUSANG, 8 November 2025 – Program Outreach Pusaka: Kesedaran dan Tanggungjawab Waris dalam Pengurusan Harta Pusaka bersama Komuniti KESEDAR telah berjaya dianjurkan dengan kehadiran seramai 450 orang peserta terdiri daripada komuniti sekitar Gua Musang serta penjawat KESEDAR.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pengurusan harta pusaka secara teratur, di samping menggalakkan waris melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut saluran undang-undang yang betul.

Majlis turut menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu Encik Muhammad Affiq Farhan Mohd Rosli, Penolong Pengarah Pejabat Pembahagian Pusaka Negeri Kelantan dan Encik Rahim Mat Kazi@Ghazi, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pembahagian Pusaka Pasir Mas. Kedua-dua penceramah telah berkongsi maklumat penting berkaitan prosedur, cabaran serta langkah-langkah dalam urusan pembahagian pusaka.

Selain ceramah, program turut diserikan dengan pameran agensi melibatkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Tabung Haji (TH), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Turut dibuka ialah kaunter pertanyaan Bahagian Pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Gua Musang bagi memberi khidmat nasihat serta panduan kepada pengunjung.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat dan menyokong usaha kerajaan meningkatkan literasi masyarakat terhadap pengurusan harta pusaka yang sistematik dan harmoni.

wpChatIcon
wpChatIcon