FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Gua Musang, 03 Mei 2026- Program Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan Anjuran Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Denai Hotel, Gua Musang.

Program ini disertai oleh semua pegawai kumpulan profesional serta pegawai sokongan bagi memfokuskan usaha memperkukuh integriti serta meningkatkan kesedaran berkaitan pencegahan rasuah dalam perolehan kerajaan.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Perolehan Berintegriti, Benteng Utama Pencegahan Rasuah” yang telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida Binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kelantan. Ceramah ini memberi penekanan terhadap kepentingan amalan integriti serta peranan semua pihak dalam memastikan tadbir urus perolehan yang telus dan berakauntabiliti.

Program diteruskan dengan forum perdana bertajuk “Perolehan Awam Tanpa Rasuah: Realiti atau Harapan?” yang menampilkan panel-panel berpengalaman iaitu KPKPj Azmin bin Yusoff, Pengarah SPRM Kelantan serta Puan Hajah Norlidasaisi Binti Awang Teh,Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR. Ketua Unit Undang-Undang KESEDAR, Puan Fawrah ‘Aimi Binti Moh Bakery turut serta dalam forum tersebut selaku moderator. Forum ini membincangkan secara mendalam mengenai cabaran semasa dan realiti pelaksanaan serta harapan ke arah sistem perolehan awam yang bebas daripada rasuah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KPKPj Azmin Bin Yusoff, Pengarah SPRM Negeri Kelantan yang dalam ucapannya menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara agensi dalam membanteras rasuah serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Turut hadir, Encik Mohd Fadhly Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dalam usaha menyokong pengurusan KESEDAR bagi memastikan sistem perolehan mematuhi segala perundangan dan bebas rasuah.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kesedaran dan kefahaman semua pihak terhadap usaha pencegahan rasuah, khususnya dalam pengurusan perolehan kerajaan bagi memastikan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berkesan.

wpChatIcon
wpChatIcon