Sungai Asap – Program Peningkatan Kapasiti Belia dan Komuniti melalui Hari Terbuka Prihatin Komuniti Pejabat Operasi Sungai Asap telah berlangsung dengan jayanya di Dataran KESEDAR Sungai Asap B, dengan penyertaan kira-kira 550 orang komuniti setempat.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Nenggiri merangkap Ahli Lembaga Pengarah, YB Encik Mohd Azmawi Fikri Hj Abdul Ghani, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama peserta serta melawat reruai pameran agensi yang terlibat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan pelbagai agensi kerajaan seperti BOMBA, JPAM, AADK, PDRM, LKIM, LGM, KKM serta agensi lain, di samping memberi pendedahan mengenai bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh pihak KESEDAR.
Selain itu, program ini juga menggalakkan penyertaan aktif belia dan komuniti dalam aktiviti sosial, kesukarelawanan serta program kemasyarakatan.
Dalam masa yang sama, elemen gaya hidup sihat turut diterapkan melalui pelaksanaan aktiviti senamrobik dan sukaneka yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program berlangsung, antaranya pameran agensi dan jabatan, ceramah pencegahan jenayah oleh PDRM, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi memadam kebakaran oleh BOMBA, serta demonstrasi pertolongan cemas dan CPR oleh JPAM. Turut diadakan jualan ikan segar oleh LKIM, pameran dan jualan produk oleh LGM serta Koperasi Ladang Input Pertanian.
Bagi memeriahkan suasana, program turut diserikan dengan aktiviti senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, cabutan bertuah serta jualan makanan dan minuman.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti, di samping menyemai semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan masyarakat sejajar dengan aspirasi Malaysia

KESEDAR Sungai Asap" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/program-peningkatan-kapasiti-belia-57.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/program-peningkatan-kapasiti-belia-57-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-12617" />