FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

Tanah Merah, 20 September 2025 – Program Madani KESEDAR anjuran Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli-Tanah Merah telah berlangsung dengan jayanya di Command Center, Batang Merbau, Tanah Merah pada hari Sabtu. Program ini menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar selain membuka ruang dan peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar dengan menyediakan ruang pameran bagi agensi-agensi berkaitan serta jualan dari usahawan tempatan. Langkah ini diharap dapat membantu meningkatkan kesejahteraan, ekonomi serta pembangunan komuniti selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR; YBhg. Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR; YBrs. Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Pengurus Besar KESEDAR; dan YBrs. Encik Mohd Fadhly Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR. Turut hadir ialah Ketua Jabatan serta wakil-wakil agensi peringkat Persekutuan dan Negeri.

Antara agensi yang terlibat dalam penganjuran program ini termasuklah Jabatan Pertanian dan E-Kasih, yang memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan bimbingan ke arah memperkasakan ekonomi masyarakat setempat. Program ini berjaya menarik lebih 2000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu masyarakat kepada Program Madani KESEDAR. Antara pengisian program termasuklah pameran oleh agensi, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma. Pada sebelah malam masyarakat disajikan dengan persembahan kebudayaan dikir barat moden.

Melalui penganjuran program ini, KESEDAR yakin dapat memperluas jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak sekali gus memberi manfaat besar kepada komuniti luar bandar, khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan pembangunan.

wpChatIcon
wpChatIcon