Program Taklimat MyInvoice e-Pos kepada usahawan KESEDAR tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 8 April 2026 bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR dengan penyertaan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada 21 wakil WGM dan 4 wakil RKT. Program yang bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman kepada usahawan berkaitan pelaksanaan sistem percukaian digital selaras dengan inisiatif pendigitalan ekonomi negara.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Shuhailini Mohd Shuhaimi, Penolong Pengarah Kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan yang berpengalaman luas dalam bidang percukaian. Dalam sesi tersebut, beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai konsep MyInvoice e-Pos, kepentingan pematuhan cukai serta kaedah penggunaan sistem yang lebih efisien dan sistematik dalam urusan perniagaan. Sistem MyInvois e-POS juga merupakan platform digital Point-of-Sale (POS) yang disediakan khas oleh HASiL dan boleh diakses secara percuma untuk kegunaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana bagi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan di samping memenuhi keperluan pelaksanaan e-Invois. Selain fungsi pengurusan jualan, perakaunan, pengurusan inventori dan pelaporan kewangan, Sistem MyInvois e-POS ini juga membolehkan penjual mengeluarkan e-Invois secara langsung semasa transaksi dengan pembeli atau pembeli boleh meminta e-Invois daripada penjual selepas transaksi selesai.
Sepanjang program berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan panduan praktikal berkaitan pelaksanaan MyInvoice e-Pos dalam operasi harian perniagaan masing-masing. Ini termasuk aspek penyimpanan rekod, pengeluaran invois elektronik serta kepentingan ketelusan dalam pengurusan kewangan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KESEDAR dalam memperkasa usahawan di bawah seliaannya agar sentiasa bersedia menghadapi perubahan landskap ekonomi yang semakin berteraskan teknologi digital. Usaha ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing, berintegriti dan berpengetahuan tinggi.

KESEDAR Ke Arah Pendigitalan Percukaian" srcset="https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/taklimat-myinvois-7.jpg 479w, https://www.kesedar.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/taklimat-myinvois-7-400x284.jpg 480w" sizes="(max-width:479px) 479px, 100vw" class="wp-image-12239" />