Teknologi Maklumat
Objektif
- Memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan perkhidmatan ICT dan multimedia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti urusan dalaman KESEDAR.
- Melahirkan dan membina masyarakat Kelantan Selatan yang cemerlang melalui penggunaan kemudahan ICT.
- Membantu mudah kerjasama dalam inisiatif ICT kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan masyarakat luar bandar selaras dengan agenda IT nasional dan wawasan 2020.
Piagam Pelanggan
- Membangun sistem pengkomputeran KESEDAR mengikut perancangan dan peruntukan yang diluluskan.
- Mengambil tindakan kepada masalah pengguna selewat-lewatnya 3 hari selepas aduan diterima.
- Memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar tentang perkara yang berkaitan dengan komputer pada bila-bila masa yang diperlukan.
Aktiviti Pentadbiran
- Mengurus surat-menyurat dan fail.
- Mengurus pejabat, peralatan dan kakitangan.
- Mengurus dan menyelaras kewangan dan perolehan perkakasan komputer.
- Mengurus dan mengawal stok/inventori komputer.
- Menyelaras aktiviti latihan kakitangan.
