FAQ

Hubungi

Aduan

Sitemap

wilayah kuala krai

Visi : Wilayah Kuala Krai membangun dengan penduduk yang maju, dengan ekonomi mampan serta menguntungkan.

Misi : Kearah melahirkan masyarakat yang sejahtera bermaruah dan berkualiti.

Objektif : Memastikan rancangan pemulihan tanah (rpt) dan kampung tradisional dilengkapi dengan infrastruktur asas dan awam yang mencukupi, pembangunan dan hasil pertanian ditingkatkan, kegiatan ekonomi dikembangkan dan seterusnya membantu masyarakatnya kearah yang lebih progresif, dinamik, berdikari dan berdaya saing.

Piagam Pelanggan

  • Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.
  • Memproses permohonan-permohonan dari kumpulan sasar dalam masa satu minggu
  • Memproses bayaran-bayaran dalam masa 7 hari selepas permohonan diterima.
  • Menjawab surat-surat dalam masa selewat-lewat dua minggu selepas penerimaan.
  • Melahir dan memajukan golongan usahawan tempatan dan usahawan kelas menengah.
  • Membasmi kemiskinan dan meninggi taraf hidup kumpulan sasar.
  • Meningkat pengeluaran hasil-hasil dengan kaedah teknologi terkini.
  • Berusaha mengadakan kemudahan fizikal dan prasarana pada tahap optimum.

Aktiviti : Fungsi utama pejabat adalah untuk merancang, melaksana dan menyelaras projek/aktiviti dibawah program pembangunan infrastruktur, pembangunan sosial dan institusi, pembangunan rakyat termiskin, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan pembangunan ekonomi kepada penduduk.

Unit Penyelarasan Dan Maklumat

  • Mengumpul dan kemaskini data/ maklumat bagi setiap sektor pembangunan.
  • Menyedia dan menyelaras laporan projek pembangunan.

Unit Ekonomi Dan PKR

  • Melaksana menyelaras dan menyelia projek-projek ekonomi. Seperti bantuan pinjaman ILB/ES, TEKP,pembangunan usahawan, kursus/lawatan/bimbingan.
  • Melaksana, menyelaras dan menyelia projek-projek PKR seperti bina/baiki rumah, ekonomi, minda dan PPMS.

Unit Infrastruktur Dan Kontrak

  • Mengenalpasti aktiviti pembangunan sosial dan institusi.
  • Melaksana, menyelaras dan menyelia aktiviti pembangunan sosial dan institusi seperti keagamaan, pendidikan, kepimpinan, kemasyarakatan Sukan, budaya, persatuan/pertubuhan, jk peringkat kampong.
  • Melaksana, menyelaras dan menyelia pembangunan GDW.

 

Unit Pentadbiran Dan Kewangan

  • Urusan kewangan seperti pesanan tempatan/ inden, buku vot, daftar bil, bayaran/ penerimaan, elaun,panjar wang runcit, pendahuluan, belanjawan.
  • Urusan pentadbiran am kakitangan seperti Surat menyurat, hotel, perubatan, fail, kenderaan, aset/ inventori, perkhidmatan, kursus/ peperiksaan/ latihan.

 

Pejabat Operasi

  • Mengenalpasti keperluan pembangunan dan menilai/memperakukan permohonan projek dari masyarakat.
  • Membantu pejabat wilayah dalam pelaksanaan dan penyeliaan projek/ aktiviti.
  • Pemudahcara dalam menyelesai masalah masyarakat.
  • Penggerak GDW dan pertubuhan/ persatuan/ JK.
  • Menyedia/kemaskini maklumat/ data.
wpChatIcon
wpChatIcon